Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan tetapi tidak seratus-peratus. Memang tidak dinafikan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan. Alasan pertama ialah perkahwinan di usai muda banyak mengakibatkan keganasan rumah tangga dan perpecahan keluarga seperti perceraian. Menurut kajian yang telah dijalankan, 63% hingga 75% pasangan yang terlibat dalam keganasan rumah tangga berkahwin pada usia yang muda. Sebahagian besar daripada kes ini disebabkan oleh fikiran pasangan-pasangan muda yang kurang matang kerana mereka langsung tidak memikirkan dampak negatif bagi anak-anak mereka. Dengan erti kata lain, pasangan muda tidak berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendirikan mahligai bahagia. Oleh kerana itu, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan untuk mengurangi kes-kes institusi keluarga yang pincang.
Alasan seterusnya ialah perkahwinan pada usia muda dapat mengakibatkan hilangnya kesempatan bagi pasangan tersebut untuk bersekolah di peringkat yang lebih tinggi. Pada era penyegatan ini kedudukan dan wang adalah segala-galanya.Seseorang haruslah mempunyai kepintaran atau kelulusan yang tinggi untuk mendapatkan kedudukan dan wang tersebut. Apabila perkahwinan pada usia muda digalakkan maka semakin ramailah pasangan-pasangan muda yang berhenti sekolah untuk mencari wang. Selain itu, dengan mempunyai keluarga, pasangan-pasangan tersebut terpaksa memikul beban tanggungjawab dan mereka akan disibukkan oleh kewajiban-kewajiban mereka. Dan dengan ramainya penduduk yang tidak bersekolah tinggi, ini akan mempengaruhi ekonomi negara Singapura. Demi menjaga penakatan ekonomi Singapura dan mempunyai penduduk-penduduk yang berkualiti atau bersekolah tinggi, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.
Alasan terakhir ialah semakin besarnya beban yang harus ditanggung oleh sebuah keluarga. Kemungkinan bagi pasangan-pasangan muda untuk mempunyai keturunan-keturunan ramai semakin tinggi. Dan ini menyebabkan krisis ekonomi dalam keluarga tersebut. Mereka terpaksa membanting tulang untuk membiayai keluarga mereka. Dengan meningkatnya harga barang-barangan dan ongkos persekolahan, masalah kewangan dalam sesebauh keluarga muda itu akan bertambah ruwet.
Selain itu, pasangan yang sibuk akan mempunyai sedikit waktu untuk dihabiskan bersama anggota keluarga. Ini mengakibatkan ketandusaan kasih sayang. Maka dari itu, untuk mengurangi kes-kes ekonomi dan ketandusan kasih sayang dalam sesebuah keluarga perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.
Namun, perkahwinan pada usia muda juga mendatangkan dampak positif seperti meringankan beban orang tua pasangan-pasangan itu. Ketika suatu pasangan menikah, mereka menjadi golongan yang mandiri, yang mampu mencari nafkah untuk keluarganya sendiri. Selain itu, mereka juga tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bersekolah tinggi. Ini akan membantu terjaminnya kehidupan ibu bapa mereka kerana wang tersebut akan disimpan untuk hari tua mereka, bak kata peribahasa ‘sedia paying sebelum hujan’.
Dengan perkahwinan muda, pasangan tersebut akan cenderung untuk menjadi lebih dewasa. Mereka akan belajar dan merasakan asam pahit kehidupan. Asam garam kehidupan yang mereka lalui itulah yang akan memotivasikan mereka untuk merubah sifat-sifat jelek mereka. Selain itu, mereka juga akan sedar akan jasa dan air keringat yang telah diteteskan oleh ibu bapa mereka. Maka dari itu, demi mengajar individu-individu untuk lebih dewasa, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.
Berdasarkan perbincangan diatas, saya merumuskan bahawa perkahwinan pada usia muda tidah harus digalakkan. Walaupun perkahwinan pada usia mudia dapat meringankan beban orang tua dan mengajarkan seseorang menjadi lebih dewasa tetapi perkahwinan pada usia muda lebih banyak mengakibatkan dampak-dampak negatif. Bagi mengatasi masalah perkahwinan pada usia muda ini, pemerintah Singapura haruslah menguar-uarkan dampak-dampak negatif tersebut kepada rakyat muda Singapura. Sekiranya perkahwinan pada usia muda digalakkan, impian Singapura untuk melahirkan keluarga yang sakinah tidak akan dapat direalisasikan.
Nashita
Menengah 4 Sapphire
Sekolah Menengah Dunearn
No comments:
Post a Comment