Saturday, December 13, 2008

Hukuman Rotan Merupakan Cara Yang Berkesan Untuk Menangani Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar. Bincangkan.

Disiplin boleh didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang individu untuk mematuhi undang - undang yang telah ditetapkan. Lembaga pendidikan merupakan tempat sekunder atau tahap kedua bagi para pelajar untuk memupuk nilai – nilai murni dalam diri pelajar. Muktahir ini , ramai pelajar yang melanggar dan memandang remeh tata tertib. “Pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara” Jikalau tingkat kedisiplinan remaja di Singapura rendah, dapatkah negara Singapura mengharungi gelombang milenium dan globalisasi dengan calon pemimpin mereka yang meremeh-temehkan undang-undang? Untuk menangani masalah ini Menteri Pendidikan Singapura berpendapat bahawa hukuman rotan merupakan cara yang paling berkesan. Tetapi pertikaian pendapat di antara ahli-ahli psikologi dan pendidikan masih sahaja membara. Jadi persoalannya, adakah hukuman rotan itu cara yang paling berkesan atau wujudkah pendekatam lain yang lebih baik?

Saya akur dengan pendapat tersebut tetapi hal ini masih boleh diperdebatkan. Memang saya tidak nafikan bahawa hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan. Alasan yang perdana ialah, hukuman merotan merupakan langkah pencegahan demi terjadinya pelanggaran undang – undang. “Mencegah lebih baik daripada rawatan.” sebelum akhlak remaja kita bertambah tenat, saya kira perlulah dilaksanakan kaedah-kaedah pragmatik seperti hukuman rotan. Seseorang pelajar yang dijatuhkan hukuman rotan akan dijadikan contoh kepada teman - temanya sehingga mereka tidak akan berani melakukan kesilapan yang serupa. Bukan hanya itu sahaja, pelajar yang dikenakan hukuman pun tidak akan melakukan kesalahan yang sama untuk kedua kalinya kerana ia berasa amat bersalah setelah menconteng arang di muka diri sendiri dan orang tua.

Seterusnya, hukuman rotan sebenarnya bukan bertujuan untuk menanamkan teror dan parut pada para pelajar, melainkan bertujuan untuk memupuk sifat tanggung jawab dalam diri pelajar. “Tangan mencencang bahu memikul. “ Jika pelajar berani melanggar undang - undang , mereka harus menanggung akibatnya dan bertanggung jawab menjalani hukuman rotan. Seorang penditaCina pernah berkata “ Sisihkan rotan, rosakkan anak” yang bererti, jika kita tidak menekankan disiplin kepada anak – anak dengan rotan, anak tersebut akan menjadi manja dan bersifat pemberontak . Dengan hukuman rotan, remaja Singapura boleh dipupuk dengan nilai tanggung jawab yang berprinsipkan “ Kamu menuai apa yang kamu tanam.”

Selain daripada itu, hukuman rotan tidak dipraktikkan secara sewenang-wenang. Tidaklah setiap pelanggaran yang dilakukan oleh murid- murid tersebut akan dikenakan hukuman rotan, tetapi hukuman ini ditujukan kepada para pelajar melakukan kesalahan-kesalan yang berat seperti vandalisma, mencuri, mencabul kehormatan dan sebagainya. Para pelajar ini sangat sulit untuk dianjak paradigmanya, meskipun telah beberapa kali diberikan kauseling masih tetap degil dan melanggar peraturan – peraturan sekolah. Jikalau cara halus tidak berhasil, mungkin kekerasan wajar diambil sebagai langkah muktamad akan berhasil.

Hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak untuk mengatasi masalah ini. Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, pernah berkata “ Bersikaplah terbuka kepada idea – idea baru dan pertanyakanlah anggapan-anggapan kuno.” Sebagai rakyat Singapura yang bertamadun, seharusnya kita memiliki minda yang terbuka. Banyak negara lain yang menganggap bahawa merotan merupakan cara barbarik yang sudah pupus ditelan arus zaman.

Namun, hukuman roran bukanlah satu-satunya cara untuk menangani masalah disiplin.Terdapat juga alternatif-alternatif lain yang hampir sama kesannya dengan hukuman rotan. Alternatif lain yang tersedia ialah acara kaunseling. “Sekeras-kerasnya kerak nasi, direndam air dingin akan lembut juga.” Dengan ceramah – ceramah yang diberikan pada setiap sesi kaunseling, pastinya orang yang degil pun akan teranjak paradigmanya. Pemerintah pun telah menggunakan pendekatan ini dengan cara menjadualkan murid yang telah menerima hukuman rotan untuk mengikuti sesi kaunseling. Malahan, pusat – pusat kaunseling tersebar di seluruh Singapura dan mudah ditemui.

Selain kaunseling, terdapat kaedah – kaedah lain seperti memasukkan murid yang bermasalah ke dalam pusat pemulihan akhlak untuk mengikuti program rehabilitasi. Di dalam pusat pemulihan akhlak, murid – murid yang dianggap bermasalah akan diberikan ceramah motivasi supaya mereka boleh mengetahui potensi mereka dan mencurahkan segenap perhatian mereka demi mengembangkan potensi dalam diri mereka. Akibat jangka pendeknya, mereka akan menghabiskan masanya untuk melakukan perbuatan- perbuatan yang bermanfaat dan pada jangka pangjangnya, mereka akan menjadi manusia yang berjaya dfan berguna.

Tetapi usaha yang dilakukan oleh sekolah sendiri tidak akan berkesan jika tidak didukung oleh pihak ibu bapa. Ibu bapa yang merupan khalifah yang diamanahkan oleh Allah seharusnya ikut prihatin akan permasalahan ini. Untuk mengatasi masalah ini, langkah tiga serampang antara institusi pendidikan, pemerintah dan orang tua harus dilaksanakan. Ibu bapa boleh memantau kegiatan sehari-hari anak-anaknya. Hal ini boleh meringankan beban yang ditanggung oleh guru-guru. Ibu bapa juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka diberikan pendidikan mengenai kedisiplinan dan nilai-nilai murni bukan hanya di sekolah tetapi juga di rumah.

Natijahnya, merotan merupakan cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak yang boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya , tetapi dengan pemikiran yang rasional. Hukuman rotan memang telah ditelan arus kemodena dan kita, warga Singapura, seharunya ikut beradaptasi dan berubah. Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong,” Tetaplah terbuka kepada idea-idea baru dan pertanyakanlah anggapan – anggapan kuno, jangan terperangkap dalam masa lalu.” Hukuman rotan boleh dilaksanakan, tetapi hendaklah hanya kepada pelajar yang melakukan kesalahan yang berat. Alangkah baiknya jika sesi kaunseling juga diadakan setelah pelajar tersebut menjalani hukuman rotan. Sebagai bangsa yang beradab, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Jika pemuda-pemudi memegang teguh dan mentaati undang – undang ,nescaya negara Singapura akan dapat mengharungi arus gelombang pada masa depan. Semoga nama baik Singapura akan terus harum dan terkenal di persada dunia. Insya Allah.

Hadi Wiputra
Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn

2 comments:

  1. Esei yang cemerlang dengan pengenalan dan kesimpulan yang cukup efektif.Mutu penulisan memaparkan kandungan isi yang menarik dan kematangan daya pemikiran. Syabas!

    ReplyDelete