Cara yang perdana adalah guru-guru dan pelajar harus saling berkomunikasi. Mereka harus saling bertukar pendapat. Melalui persefahaman yang tinggi, guru dan pelajar akan mendapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat terutamanya maklumat bagaimana untuk mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan mengaplikasikan corak pengajaran yang lebih efektif. Ini akan mengelakkan dari perselisihan faham, pertelingkahan dan juga pergaduhan antara guru dan para pelajar. Ini boleh disaksikan daripada kes-kes di mana guru ditumbuk oleh muridnya. Pada masa yang sama, mereka boleh membincangkan masalah pelajar seperti masalah kewangan dan masalah tekanan. Ini juga akan menyebabkan sifat kepercayaaan yang lebih erat di antara guru dan pelajar. Mereka juga boleh saling berhubungan melalui pesanan ringkas SMS, email, telefon dan bertegur sapa. Cara-cara sebegini akan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar.
Untuk mencapai kejayaan, perpaduan antara guru dan pelajar amat penting.Guru tamsil pelukis dan pelajar umpama kertas lukisan. Gurulah yang menjadi pencorak kepada sejauh mana kejayaan pelajar. Jika terdapat lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan tidak muflis dari segi akhlak, maka lahirlah pemimpin yang berwibawa dan berkarisma tinggi yang akan menerajui cabaran-cabaran globalisasi pada masa yang akan datang. Hal ini kerana generasi muda pada zaman ekonomi berteraskan ilmu ini merupakan aset penting dalam masyarakat kita kerana merekalah yang akan menjayakan nama negara dan meletakkannya di mercu kejayaan. Guru yang mengajar dengan penuh hikmah adalah guru yang mempunyai persefahaman yang tinggi. Mereka yang mempunyai persefahaman yang tinggi akan disayangi dan dikasihi. Oleh para pelajar. Apabila setiap insan berasa disayangi dan dikasihi di dalam sebuah komuniti maka mereka akan bertindak dengan penuh ikhlas dan berdedikasi.
Sikap toleransi boleh didefinisikan sebagai sikap sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri. Saling mengamalkan sikap toleransi juga merupakan salah satu cara mempertingkatkan hubungan baik antara guru dan pelajar. Guru-guru dan pelajar harus saling bertimbang rasa. Guru-guru dan pelajar juga harus menggunakan intonasi yang sesuai dan saling memahami tanggung jawab masing-masing. Guru yang berwibawa dan berkarisma tinggi perlulah memulakannya dengan seikhlas hati. Dalam konteks untuk menimbulkan keikhlasan hati, guru perlulah merenung kembali akan tujuannya menjadi seorang pendidik nusa. Dengan cara sebegini, hubungan guru dan pelajar akan dapat diperkukuhkan dan dieratkan untuk menjamin kejayaan aspirasi sekolah.
Guru-guru dan pelajar juga harus saling hormat meghormati dan sayang-menyayangi. Guru-guru dan pelajar boleh memberi salam dan bertanya khabar. Guru harus bersikap kasih sayang terhadap pelajar dan berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar boleh diajar dan mahu belajar serta mengutamakan nilai-nilai kemanusian serta menghormati harga diri pelajar sebagai individu. Seorang pujangga bernama William A. Wart pernah berkata ‘’Kegagalan terbesar adalah kegagalan untuk mencuba.’’ Dengan itu, guru harus sentiasa mendorong para pelajar untuk terus mencuba untuk belajar dan berjaya dalam bidang akademik. Kedua-dua guru dan pelajar tidak patut melafazkan kata-kata yang kesat dan yang menyinggungkan perasaan. Para pelajar juga perlu memberi peluang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.
Guru dan pelajar perlu menanamkan semangat muhibah dalam diri masing-masing seperti sikap tolong menolong, bantu membantu dan faham memahami. Objektif ini boleh dicapai sekiranya pihak sekolah sanggup mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah seperti riadah, Hari Keluarga, projek amal, lawatan dan perkhemahan. Dengan semua kegiatan ini, guru akan dapat bergerak dengan lebih yakin tanpa menoleh ke belakang untuk terus-terusan menempa kejayaan dalam dunia pendidikan. Hakikatnya, kita mempunyai banyak idea untuk dilaksanakan tetapi sesuatu yang paling mustahak ialah memulakan sesuatu. Bak kata punjangga,”perkara yang palling sukar untuk dilakukan ialah memulakan sesuatu.’’
Dengan mengadakan kegiatan kemasyarakan juga boleh mempertingkatkan hubungan baik antara guru dan pelajar. Kegiatan kemasyarakatan yang boleh dijalankkan adalah seperti mengumpul dana, mangumpulkan suratkhabar dan membersihkan rumah-rumah tumpangan anak-anak yatim dan rumah-rumah tumpangan orang tua. Dengan melakukan kegiatan-kegiatan sebegini pelajar juga boleh mempelajari tentang nilai-nilai murni. Pelajar-pelajar juga mungkin akan lebih menghargai ibu bapa mereka yang merupakan khalifah yang telah dititahkan oleh Allah s.w.t untuk mendidik, membimbing dan membesarkan mereka. Nilai-nilai murni yang akan dipelajari mereka tidak boleh dibeli dengan wang. Begitu juga dengan waktu yang mereka habiskan bersama guru-guru mereka untuk membuat kerja-kerja kebajikan.
Kesimpulan daripada perbincangan di atas, membina perasaan hormat dan sayang-menyanyangi antara guru dan pelajar, saling hormat menghormati, saling berkomunikasi, saling mengamalkan sikap toleransi, mengadakan kegiatan kemasyarakatan ,mewujudkan perpaduan antara guru dan pelajar boleh mempertingkatkan hubungan baik antara guru dan pelajar. Guru dan pelajar perlulah menyedari betapa hubungan baik yang longgar merupakan satu hubungan pelajar dan guru harus dilihat sebagai sesuatu yang amat penting untuk mencapai objektif pendidikan. Banyak implikasi positif yang akan wujud melalui hubungan erat antara guru dan pelajar. Antaranya ialah peningkatan prestasi pelajar, kemajuan negara, pembangunan sahsiah pelajar yang lebih baik dan dapat melahirkan generasi yang arif budiman. Pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa.
Nur Syazwani Bte Azami
Menengah 4 Topaz
Sekolah Menengah Dunearn
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete