Alasan pertama untuk membuktikan bahawa kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada keberkeasanan pendidikan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak ialah, meluangkan masa bersama anak-anak. Secara fitrah manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika para ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari wang kerana pada zaman sekarang wang menjadi kontradiksi dalam pertarungan hidup, ini akan merenggangkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Pada hemat saya, generasi muda pada zaman sekarang mejadi liar dan tidak tentu arah kerana mereka dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Justeru, mereka suka memberontak dan ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu menjadi porak peranda dan jika tabiat buruk anak itu dibawa ke luar rumah, masyarakat akan memandang serong dan ini akan menjejas fabrik sosial sesebuah masyarakat.
Alasan kedua ialah, cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka. Pepatah Melayu ada mengatakan " Bagaimana acuan begitulah kuihnya." yang bermaksud jika ibu bapa berperangai baik, anaknya juga akan mengikut perangai kedua orang tuanya. Saya menyangkal pepatah melayu itu kerana perangai manusia sentiasa berubah. Pada hemat saya, jika ibu bapa berperangai jahat, tak semestinya anak-anaknya pun akan menjadi jahat.Saya percaya bahawa semua manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang saya hendak sampaikan ialah, jika sepasang suami dan isteri itu berperangai jahat dan tiba masanya mereka dikurniakan seorang zuriat, mungkin ini akan melembutkan hati mereka. Ini akan merubah pandangan masyarakat kita. Kalau hendak mengasuh anak, biarlah dari kecil bak kata pepatah " meluntur buluh biar dari rebungnya." Hasilnya, anak itu akan jaga tatasusila dan taat kepada kedua orang tuanya.
Alasan ketiga ialah, ibu bapa harus memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Mengikut satu tinjauan oleh Majlis Ugama Islam Singapura, ramai anak Melayu Islam kita tidak dihantar ke madrasah ataupun diberikan pendidikan agama. Masyarakat kita masih memandang remeh terhadap hal ini. Tahukah mereka bahawa pendidikan agama merupakan satu mekanisme yang menangkis segala anasir-anasir yang kurang sihat supaya mereka tidak terjebak ke dalam kancah kejahatan. Apakah implikasinya? Implikasinya ialah kadar anak luar nikah semakin meningkat, ramai anak Melayu kita terjebak ke dalam gejala samseng, memasang tatu dan bermacam-macam lagi. Mereka bertunjangkan kepada kebudayaan hedonistik dan mereka seolah-olah berada di dalam buana imaginasi mereka dan yang menanggung malu adalah ibu bapa mereka. Bak kata pepatah " menconteng arang ke muka." Justeru, pendidikan agama adalah amat penting sekali dalam menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Alasan keempat ialah, ibu bapa dan anak-anak haruslah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Cara ibu bapa pada zaman dahulu mengasuh anak-anak berbeza daripada zaman sekarang. Jika kanak-kanak pada zaman dahulu meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa mereka, mereka tahu apa akan nasib mereka. Anak-anak generasi sekarang mempunyai perangai yang berbeza. Mereka berani memberontak dan meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa mereka. Saya berpendapat bahawa untuk menyeleraikan masalah ini, kita karus saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita tidak boleh lagi menggunakan kekerasan terhadap anak-anak kita tetapi, kita harus menggunakan cara psikologi. Jika ibu bapa berjaya menerapkan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain, nescaya tidak akan ada perbalahan yang akan berlaku di antara ibu bapa dan anak-anak.
Alasan terakhir sekali ialah, ibu bapa harus memberi semangat dan perangsang kepada anak-anak. Seorang cendiakawan yang bernama Davey John Schwartz pernah berkata " yang paling harus seorang manusia ada ialah adanya orang memberikan semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan." Kita boleh mengambil iktibar daripada kata-kata itu bahawa ibu bapa harus memberikan semangat yang sepenuh-penuhnya kepada anak mereka, tidak kira dalam bidang akademik, sukan dan lain-lain lagi. Seseorang anak itu akan berasa dihargai kerana dia tahu bahawa ada orang yang sentiasa memberikan semangat yang tidak putus-putus dan dorongan terhadapnya. Ini akan membuat seseorang anak itu dahagakan kejayaan kerana ibu bapanya sering memberikan sokongan dan dorongan supaya anak mereka berada di landasan yang betul dan tidak mengejar fatamorgana yang kosong semata-mata.
Rumusannya, sudah terang bahawa kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada keberkesanan pendidikan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak. Alasan-alasan yang saya bentangkan seperti ibu bapa memberikan semangat kepada anak mereka, ibu bapa dan anak-anak haruslah hormat menghormati antara satu sama lain, dan ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama anak-anak adalah alasan-alasan yang menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Ibu bapa adalah seperti arkitek yang mencorak perwatakan seseorang anak. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ibu bapa tidak boleh menggunakan wang untuk mencorak perwatakan anak dan ini akan membuat anak-anak menjadi naif kepada kebendaan. Kasih sayang yang tulus dan ikhlas yang datang dari lubuk hati para ibu bapa akan membuat seseorang anak itu menjadi seseorang yang berdisiplin dan berpegang teguh kepada prinsipnya.
Adib Ahmas (Menengah 5 Ruby)
Sekolah Menengah Dunearn
No comments:
Post a Comment