Saturday, December 13, 2008

Pencapaian Cemerlang Seorang Pelajar Dalam Bidang Akademik Berpunca Daripada Sokongan Guru-Guru. Bincangkan.

Pencapaian cemerlang boleh didefinisikan sebagai kejayaan dan keputusan yang diraih oleh seseorang pelajar dalam bidang akademik. Di negara yang mempraktikkan dasar meritokrasi seperti Singapura kecemerlangan akademik amat diutamakan. Mutakhir ini, pencapaian pelajar semaikn dititikberatkan. Pencapaian mereka membanggakan bukan sahaja individu, malah, ibu bapa, bangsa dan negara. Contohnya pada tahun lepas, seorang pelajar melayu Islam Singapura bernama Natasha Nabilah telah mencatat sejarah dengan muncul sebagai pelajar terbaik di peringkat PSLE dan memecahkan rekod agregat markah PSLE dengan meraih agregat 294. Fenomena Ini mengharumkan nama bangsa melayu di mata masyarakat. Persoalannya, adakah pencapaian seseorang pelajar dalam bidang akademik berpunca daripada sokongan guru-guru?

Saya bersetuju dengan penyataan di atas tetapi ia masih boleh diperdebatkan. Memang saya tidak menafikan bahawa guru merupakan pemangkin utama yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang seorang pelajar. Agenda seorang guru ialah mengajar anak muridnya dengan seikhlas hati. Justeru itu, ini akan mengeratkan lagi jalinan antara murid dan guru dan ilmu yang diajar oleh guru kepada anak muridnya akan diberkati kerana jika ilmu itu tidak diberkati olek seseorang guru, seseorang pelajar akan rasa susah hendak belajar. Jika ilmu itu diberkati oleh guru, nescayalah pelajar akan senang mempelajari apa yang diajar dan murid akan cemerlang dalam bidang akademik.

Alasan kedua, ialah sokongan guru dari segi moral kepada anak muridnya. Guru haruslah memberi sokongan moral dan dorongan agar anak muridnya berada di landasan yang betul dan tidak mudah terjerumus ke dalam gejala-gejala negatif yang kurang sihat. Mereka akan memberikan kata-kata motivasi agar anak muridnya akan berasa bersemangat untuk datang ke sekolah dan meraih markah yang cemerlang. Memberikan kata-kata motivasi bukan sahaja memberi sokongan moral kepada murid-murid tetapi ini juga boleh digunakan sebagai satu peringatan kepada murid-murid agar mereka mempunyai matlamat untuk datang ke sekolah dan bukan mengejar fatamorgana yang kosong semata-mata.

Alasan ketiga yang mendokong penyataan di atas ialah, guru memberikan latihan tambahan seperti mengadakan kelas tambahan atau membuat kertas latihan daripada sekolah-sekolah lain dan sebagainya. Kata-kata pujangga Aristotle yang berbunyi 'Akar pendidikan itu pahit tetapi buahnya manis' terbukti ada kebenarannya. Seseorang pelajar mestilah berasa penat dan letih kerana banyak benda harus dilaksanakan seperti kerja rumah dan menghadiri aktiviti ko-korikular. Tetapi seseorang pelajar itu mesti ingat kerana ini akan memberikan kesan jangka panjang terhadap pelajar tersebut. Kadangkala seseorang pelajar itu haruslah membuat pengorbanan demi menimba ilmu kerana pelajar itulah yang akan mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dipelajari.

Namun demikian, sokongan guru-guru bukanlah faktor mutlak yeng menyumbangkan kepada pencapaian cemerlang seseorang pelajar dalam bidang akademik. Terdapat pihak-pihak lain yang turut memainkan peranan. Antaranya ialah sokongan ibu bapa. Sokongan ibu bapa adalah salah satu aset yang berharga yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Siapalah kita tanpa kehadiran ibu bapa kita. Sokongan ibu bapa tidak sama seperti sokongan guru. Ibu bapa kita akan memberikan sokongan dan dorongan yang sepenuhnya dan mereka akan mengorbankan apa saja demi kejayaan kita dalam bidang akademik. Jika seseorang pelajar itu gagal, siapa yang akan mengongsi kegagalan pelajar itu kalau bukan ibu bapa kita. Merekalah yang akan bersama-sama kita sampai ke akhir hayat mereka. Sokongan ibu bapa merupakan salah faktor penting dalam pencapaian cemerlang seseorang pelajar dalam bidang akademik kerana tanpa restu mereka, impian kita mungkin akan tinggal impian.

Faktor kedua ialah, pendidikan agama. Pendidikan agama juga memainkan peranan penting bagi seseorang pelajar untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik kerana pendidikan agama merupakan mekanisme untuk menangkis segala anasir-anasir yang kurang sihat. Mengerjakan solat fardu lima waktu boleh menguatkan lagi disiplin seseorang pelajar dan pelajar demikian akan terhindar darpada melakukan perkara-perkara uang diharamkan oleh agama Islam. Membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berzikir, bertahmid, akan menenangkan pemikiran seorang pelajar dan ini akan meningkatkan lagi daya konsentrasi seseorang pelajar. Menghafal surah-surah yang tertentu seperti surah Ar-Rahman akan membuat seseorang pelajar senang untuk menimba ilmu bak kata peribahasa 'bagaikan garam jatih ke air.'

Faktor terakhir sekali ialah sokongan kewangan. Di dalam dunia yang serba kompetitif ini, wang memainkan peranan yang penting sekali. Dalam isu ini, wang memainkan peranan bagi pencapaian seseorang pelajar dalam bidang akademik. Contohnya, jika ibu bapa itu mempunyai wang yang berlebihan, daripada membazir wang itu dengan membeli barangan-barangan yang bukan-bukan seperti perhiasan dan sebagainya, lebih baik wang itu digunakan dengan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen atau membeli buku latihan tambahan agar seseorang pelajar itu dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih intensif lagi. Ini akan meningkatkan lagi ilmu pengetahuannya dalam semua mata pelajaran dan seseorang pelajar itu akan berasa senang apabila mengulang kaji pelajaran itu sekali lagi di sekolah.

Rumusannya, pencapaian cemerlang seorang pelajar bukan semata-mata bergantung kepada sokongan guru-guru semata-mata.Terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada pencapaian seseorang murid seperti faktor ibu bapa, sokongan kewangan dan pendidikan agama. Saya berharap mudah-mudahan, lebih ramai lagi pelajar-pelajar kita yang akan meraih markah yang cemerlang dalam bidang pelajaran seperti Natasha Nabilah.Sekiranya trend ini berterusan insya Allah masyarakat kita akan mampu 'duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan bangsa-bangsa yang lain.

Adib Ahmas Bin Salimin
Menengah 5 Ruby
Sekolah Menengah Dunearn

No comments:

Post a Comment