Thursday, December 31, 2009

Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.

Di dalam bumi yang fana ini, kemelut sosial terutama sekali di Singapura semakin bermaharajalela mutakhir ini. Cabaran globalisasi yang serba menghimpit telah menyebabkan pengangguran berlaku. Ramai yang mencari jalan lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan masa yang cepat. Pengangguran juga telah menyumbang kepada masalah sosial dan kes jenayah yang semakin genting. Perdana Menteri Singapura telah menasihati rakyat Singapura agar berfikiran terbuka dan jangan terlalu memilih perkerjaan kerana kegawatan ekonomi dijangka tidak akan berakhir dengan masa yang cepat. Pada pendapat saya pula, memang betul kata-kata perdana mentari. Jika kita memilih pekerjaan, tentunya kita tidak akan mendapat pekerjaan tersebut dan ini akan menyumbang kepada masalah pengangguran yang boleh didefinasikan sebagai masa semasa ramai yang tidak mempunyai pekerjaan.
Saya bersetuju dengan pernyataan di atas tetapi tidak seratus peratus. Memang tidak dinafikan bahawa pengangguran berpunca daripada sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih pekerjaan tetapi ia masih boleh diperdebatkan lagi. Sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat secara drastik. Ramai yang mahu pekerjaan yang berkolar biru dan bergaji lumayan. Tetapi semua ini sukar didapati terutama sekali apabila kegawatan ekonomi sedang berlaku. Rakyat Singapura tidak seharusnya bersifat cerewet. Sikap terlalu memilih pekerjaan bukan seluruh punca pengangguran. Memang ia punca utama bagi masalah ini tetapi terdapat juga punca-punca lain.
Punca yang seterusnya ialah bilangan rakyat Singapura yang semakin meningkat. Dengan perkara ini berlaku, lebih ramai rakyat Singapeura, lebih sedikitlah peluang pekerjaan yang ada. Lebih ramai rakyat Singapura juga bermakna orang yang lebih pandai, rajin dan efektif juga turut meningkat. Lantas, peluang pekerjaan yang ada tentunya akan diberi kepada orang yang kemampuan, kebolehan dan kelayakkan tinggi. Punca ini akan membuat masalah pengangguran lebih mencabar dan berpanjangan. Ini bermakna, punca ini amat serius juga dibandingkan denga punca utama iaitu, sikap memilih pekerjaan kerana semakin ramai yang menjadi pandai tetapi ekonomi akan mengambil yang terbaik sahaja dan meninggalkan yang lain, tidak mempunyai pekerjaan.
Punca yang ketiga ialah kemelesetan ekonomi. Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan gaji terpotong, kelayakan pekerja dipertinggikan dan semua ini menyumbang kepada masalah pengangguran. Kemelesetan ekonomi tidak dijangkakan untuk berakhir begitu cepat. Justeru itulah rakyat Singapura disuruh bersikap terbuka. Tetapi rakyat Singapura ramai yang keras kepala dan enggan berbuat demikian. Bersikap terbuka bukan sahaja contoh langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah pengangguran. Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang boleh dijalankan. Ayuh kita menganalisa langkah-langkah untuk mengurangkan pengangguran.
Langkah utama adalah untuk bersikap terbuka. Dengan bersikap terbuka, yang bermakna menerima pekerjaan yang bergaji rendah dan menerima pekerjaan itu walaupun ia bukan pekerjaan yang berkolar biru, rakyat Singapura sekurang-kurangnya akan mendapatkan pekerjaan, lantas mendapatkan wang untuk membayar atau membeli barang keperluan seharian. Ia lebih bagus dari tidak mempunyai sembarang pekerjaan dan akan hidup menderita selepas itu. Rakyat Singapura pun boleh berkerja sambilan juga, kami dapat mengalami cara berkerja yang lain dan dapat menambah pengetahuan kita juga.
Langkah yang seterusnya ialah mempelbagaikan sektor ekonomi. Dengan mempelbagaikan sektor ekonomi, lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh didapati. Dengan cara ini juga keberatan seseorang pekerja akan dikurangkan kerana akan ditugaskan oleh orang lain. Cara ini juga akan membawa kebaikan kepada eknomi, orang yang berkerja dan orang yang akan mendapat atau mencari pekerjaan. Cara ini boleh mengurangkan masalah pengangguran secara mendadak. Ekonomi seharusnya memikirkan tentang cara penyelesaian ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua orang.
Langkah yang terakhir ialah untuk meningkatkan kebolehan dan kelayakkan. Mereka boleh meningkatkan kebolehan dan kelayakkan dengan cara menghadiri kursus, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan sebagainya. Cara ini akan membolehkan rakyat Singapura untuk memiliki peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan kerana banyak ekonomi, terutama sekali masa kini apabila Singapura sedang menghadapi kemelesetan ekonomi, akan mengambil calon pekerjaan yang tentunya terbaik, dan ada kelayakkan yang tinggi terutama sekali pelajaran yang tinggi. Dengan cara ini, setiap individu harus berkerja keras sendiri untuk mencapai semua ini kerana tidak ada orang laing yang boleh membantu kati memiliki sesuatu ilmu kecuali diri kita sendiri.
Lantas, saya bersetuju bahawa pengangguran berpunca daripda sikap rakyat Singapura yang terlalu memilih tetapi tidak seratus peratus kerana terdapat punca-punca yang lain yang menyumbang ke masalah tersebut dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh rakyat Singapura tetapi ramai yang tidak mahu mencuba untuk memperbaiki keadaan dengan cuba berfikiran terbuka dan melakukan sesuatu yang lebih untuk mendapatkan pekerjaan.

Nur Afiqah
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Peningkatan Kadar Penyakit Flu H1N1 Berpunca Daripada Sikap Masyarakat Tidak Menitikberatkan Penjagaan Kesihatan. Bincangkan

Setelah flu burung kini giliran flu babi atau yang disebut WHO Influenza A H1N1 menggetarkan dunia. Meskipun angka kematian hanya 1 – 4 peratus flu yang disebut flu Mexico ini sangat cepat menyebab kerana sudah boleh merebak antara manusia. Sejak akhir-akhir ini, penularan flu babi telah mendapat perhatian dan liputan yang luas daripada media massa. Flu babi adalah satu wabak yang lebih menyeluruh dan besar impaknya ke atas alam sekitar.
Flu babi merupakan penyakit pernafasan yang menjejas haiwan babi. Kekalutan terhadap influenza ini semakin memuncak apabila saban hari, jumlah mereka yang meninggal dunia atau dijangkiti flu babi di beberapa buah negara di Amerika, Eropah dan Asia semakin meningkat. Virus ini merebak dalam kalangan babi dan menyebabkan penyakit. Penularan menular kepada mnusia disebabkan pendedahan langsung kepada babi.Flu ini boleh merebak melalui kontak dengan babi yang sudah dijangkiti yang mengeluarkan virus itu melalui air liur, lender dari hidung atau najisnya. Namun belum ada tanda bahawa manusia boleh mendapat flu ini dengan memakan daging babi. Penularan flu babi mencemarkan imej negara dan mencetuskan ketegangan dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lain. Industri pelancongan dan kerancakan sektor perniagaan juga turut terjejas.
Berbalik kepada topik flu babi, saya setuju bahawa kadar penyakit flu babi berpunca daripada sikap masyarakat yang tdak menitikberatkan penjagaan kesihatan. Masyarakat dunia yang naif dengan kebendaan dan material yang melalaikan tidak mempunyai kesedaran dari segi sivik. Masyarakat Singapura yang rendah budi pekertinya sering dilihat batuk atau bersin di tempat-tempat awam. Ini merupakan perkara yang dihina masyarakat sedunia kerana ia akan meluaskan penyebaran .
Ada pula rakyat Singapura yang bersin dan batuk tanpa menggunakan tisu. Mereka merasakan bahawa menggunakan tisu itu tidak perlu bagi mereka. Ada pula yang ditangkap membuang sampah di merata-rata tempat awam. Mereka yang ditangkap akan didenda dengan melakukan kerja-kerja pemulihan, disaman atau kedua-duanya sekali.
Seterusnya, rakyat Singapura juga terlalu mementingkan diri sendiri atau bersikap individualistik. Ada yang tidak mengisikan borang pengisytiharan suhu. Mereka merasakan bahawa ia hanya membuang masa.
Namun demikian, saya juga tidak bersetuju penularan penyakit tersebut berpunca daripada sikap sambil lewa. Sistem pendidikan di Singapura harus dipersalahkan. Di sekolah-sekolah menengah nilai-nilai kebersihan tidak begitu ditekankan di dalam pelajaran siviks dan moral. Sistem pendidikan Singapura pula berorientasikan peperiksaan dan meritokrasi. Mata pelajaran yang diajar tidak menitiberatkan akan aspek siviks dan moral yang sempurna seperti kebersihan. Tambahan pula mata pelajaran siviks dan moral bukan termasuk di dalam subjek peperiksaan.
Selanjutnya adalah gaya hidup seseorang rakyat itu sendiri. Remaja-remaja sering dilihat melepak di pusat membeli-belah yang sesak. Kelaziman ini amat berbahaya kerana ia meningkatkan risiko dijangkiti Sars. Pemerintah Singapura telah memberi amaran supaya rakyatnya mengelakkan negara-negara yang dilanda flu babi.
Kesimpulannya, rakyat Singapura harus membuat anjakan paradigma terhadap penjagaan kesihatan bagi membentuk masyarakat sakinah. Pemerintah pula mengmabil langkah berjaga-jaga dengan Tanpa penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan mungkin penyakit ini akan muncul di Singapura. Justeru, jagalah kesihatan kerana kesihatan adalah kekayaan.

Mirza Ariffin
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Saturday, December 13, 2008

Perkahwinan Pada Usia Muda Tidak Harus Digalakkan. Bincangkan.

Perkahwinan dapat didefinisikan sebagai penyatuan dua insan yang berlainan jenis dalam suatu ikatan yang sah. Mereka bertanggung jawab dalam membina generasi seterusnya. Jika runtuh akhlak mereka, maka goyahlah akhlak generasi akan datang. Mutakhir ini, perkahwinan dalam usia muda telah banyak terjadi dan sering dipertikaikan. Pada usia remaja, mereka mengalami gejolak-gejolak seperti emosi. Ini disebabkan oleh hormon yang sedang aktif di tubuh mereka. Pada tahap inilah, remaja menjadi aktif, cerdas dan berani. Oleh kerana itu, sering kali mereka menimbulkan banyak masalah. Salah satunya ialah perkahwinan muda. Lantas, haruskah perkahwinan pada usia muda digalakkan? Apakah tindakan itu akan memberi dampak positif ataukah negatif?

Saya bersetuju dengan pernyataan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan tetapi tidak seratus-peratus. Memang tidak dinafikan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan. Alasan pertama ialah perkahwinan di usai muda banyak mengakibatkan keganasan rumah tangga dan perpecahan keluarga seperti perceraian. Menurut kajian yang telah dijalankan, 63% hingga 75% pasangan yang terlibat dalam keganasan rumah tangga berkahwin pada usia yang muda. Sebahagian besar daripada kes ini disebabkan oleh fikiran pasangan-pasangan muda yang kurang matang kerana mereka langsung tidak memikirkan dampak negatif bagi anak-anak mereka. Dengan erti kata lain, pasangan muda tidak berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendirikan mahligai bahagia. Oleh kerana itu, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan untuk mengurangi kes-kes institusi keluarga yang pincang.


Alasan seterusnya ialah perkahwinan pada usia muda dapat mengakibatkan hilangnya kesempatan bagi pasangan tersebut untuk bersekolah di peringkat yang lebih tinggi. Pada era penyegatan ini kedudukan dan wang adalah segala-galanya.Seseorang haruslah mempunyai kepintaran atau kelulusan yang tinggi untuk mendapatkan kedudukan dan wang tersebut. Apabila perkahwinan pada usia muda digalakkan maka semakin ramailah pasangan-pasangan muda yang berhenti sekolah untuk mencari wang. Selain itu, dengan mempunyai keluarga, pasangan-pasangan tersebut terpaksa memikul beban tanggungjawab dan mereka akan disibukkan oleh kewajiban-kewajiban mereka. Dan dengan ramainya penduduk yang tidak bersekolah tinggi, ini akan mempengaruhi ekonomi negara Singapura. Demi menjaga penakatan ekonomi Singapura dan mempunyai penduduk-penduduk yang berkualiti atau bersekolah tinggi, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.


Alasan terakhir ialah semakin besarnya beban yang harus ditanggung oleh sebuah keluarga. Kemungkinan bagi pasangan-pasangan muda untuk mempunyai keturunan-keturunan ramai semakin tinggi. Dan ini menyebabkan krisis ekonomi dalam keluarga tersebut. Mereka terpaksa membanting tulang untuk membiayai keluarga mereka. Dengan meningkatnya harga barang-barangan dan ongkos persekolahan, masalah kewangan dalam sesebauh keluarga muda itu akan bertambah ruwet.


Selain itu, pasangan yang sibuk akan mempunyai sedikit waktu untuk dihabiskan bersama anggota keluarga. Ini mengakibatkan ketandusaan kasih sayang. Maka dari itu, untuk mengurangi kes-kes ekonomi dan ketandusan kasih sayang dalam sesebuah keluarga perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.


Namun, perkahwinan pada usia muda juga mendatangkan dampak positif seperti meringankan beban orang tua pasangan-pasangan itu. Ketika suatu pasangan menikah, mereka menjadi golongan yang mandiri, yang mampu mencari nafkah untuk keluarganya sendiri. Selain itu, mereka juga tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bersekolah tinggi. Ini akan membantu terjaminnya kehidupan ibu bapa mereka kerana wang tersebut akan disimpan untuk hari tua mereka, bak kata peribahasa ‘sedia paying sebelum hujan’.


Dengan perkahwinan muda, pasangan tersebut akan cenderung untuk menjadi lebih dewasa. Mereka akan belajar dan merasakan asam pahit kehidupan. Asam garam kehidupan yang mereka lalui itulah yang akan memotivasikan mereka untuk merubah sifat-sifat jelek mereka. Selain itu, mereka juga akan sedar akan jasa dan air keringat yang telah diteteskan oleh ibu bapa mereka. Maka dari itu, demi mengajar individu-individu untuk lebih dewasa, perkahwinan pada usia muda tidak harus digalakkan.


Berdasarkan perbincangan diatas, saya merumuskan bahawa perkahwinan pada usia muda tidah harus digalakkan. Walaupun perkahwinan pada usia mudia dapat meringankan beban orang tua dan mengajarkan seseorang menjadi lebih dewasa tetapi perkahwinan pada usia muda lebih banyak mengakibatkan dampak-dampak negatif. Bagi mengatasi masalah perkahwinan pada usia muda ini, pemerintah Singapura haruslah menguar-uarkan dampak-dampak negatif tersebut kepada rakyat muda Singapura. Sekiranya perkahwinan pada usia muda digalakkan, impian Singapura untuk melahirkan keluarga yang sakinah tidak akan dapat direalisasikan.

Nashita
Menengah 4 Sapphire
Sekolah Menengah Dunearn




Punca-Punca Masalah Seks Rambang Di Kalangan Remaja dan Kesan-Kesannya

Saban hari isu mengenai seks rambang begitu hangat diperkatakan oleh media massa dan juga masyarakat setempat. Isu seks rambang bukanlah suatu isu yang baru terutama sekali di negara maju seperti Singapura yang merupakan negara yang kecil yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, kaum dan juga agama. Perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura dua tahun lalu menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun dengan 19 tahun kini dijangkiti penyakit kelamin dengan hampir separuh merupakan belia Melayu. Di samping itu, lebih 400 belia Melayu di bawah usia 19 tahun telah menjadi ibu manakala lebih 430 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama. Trend ini cukup membimbangkan masyarakat kita. Persoalannya,apakah punca-puncanya dan apakah kesan-kesan jangka panjangnya?

Punca perdana ialah kepincangan institusi keluarga. Dalam dunia yang serba kompetitif ini, ibu bapa terlalu taksub untuk mencari nafkah sehingga mengabaikan tanggungjawab dan amanah mereka kepada anak-anak. Lantaran itu, anak-anak ketandusan kasih sayang dan kurang diberi perhatian. Sesetengah ibu bapa juga terlalu memanjakan anak-anak dan tidak mahu menghampakan keinginan mereka. Oleh kerana kesuntukan masa untuk meluangkan waktu bersama anak-anak, ibu bapa kurang mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti seharian anak-anak mereka. Masalah yang lain akan timbul akibat ibu bapa yang terlalu taksub mengejar harta dunia.

Punca kedua ialah kurang pendidikan agama. Masalah ini berpunca daripada ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka dengan pengetahuan ukhrawi dan nilai-nilai murni bagi pembentukan sahsiah mereka. Kedangkalan pengetahuan agama telah menimbulkan masalah seks rambang lebih-lebih lagi dengan hasutan makhluk Allah yang diperbuat daripada api yang bertujuan untuk menyesatkan anak Adam daripada landasan kehidupan yang sebenar. Oleh kerana didikan agama yang kurang sempurna, para remaja tidak tahu membezakan antara yang halal dan yang haram dan tidak menitikberatkan larangan agama. Pendidikan agama yang sempurna dapat membanteras kelakuan tidak senonoh dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Tanpa pengawasan yang ketat daripada ibu bapa, anak-anak akan berasa bebas untuk bergaul dengan rakan sebaya baik lelaki mahupun perempuan. Mereka akan terjerumus ke dalam kancah maksiat sekiranya mereka bergaul dengan remaja yang rendah akhlaknya. Kebanyakan remaja masih mentah dan sifat ingin mencuba selalu menguasai diri mereka. Akibatnya, mereka mudah terpengaruh, terikut dan meniru kelakuan rakan sebaya yang memberi kesan-kesan negatif terhadap diri mereka. Rakan mempengaruhi sifat dan peribadi remaja ke arah keburukan tanpa ibu bapa untuk membimbing mereka dengan kasih sayang dan perhatian secukupnya.

Punca terakhir ialah pengaruh media massa. Media massa adalah jendela kepada ilmu pengetahuan dan infomasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa memainkan peranan yang magnitud dalam menimba ilmu dan mencari maklumat. Namun, media massa juga dapat mendatangkan kesan-kesan buruk kepada seseorang remaja. Dalam dunia yang serba moden ini, kita dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat. Justeru, remaja lebih terdedah kepada isu-isu seks melalui media massa. Bahan-bahan lucah mudah diperolehi daripada internet untuk tontonan semua terutama sekali para remaja yang amat ghairah untuk mengetahui lebih dalam mengenai isu seks. Media massa juga tidak terlepas daripada menyiarkan rancangan yang berunsur seks dan pornografi seperti rancangan Hanyut, SEKsa, Anak Metropolitan dan lain-lain lagi.

Setelah menganalisa punca-punca masalah seks rambang, eloklah kita mengkaji kesan-kesan jangka panjangnya pula. Pertama ialah dari sudut kesihatan. Kesihatan remaja yang mengamalkan seks rambang akan terjejas dan mereka boleh di dihidapi penyakit Aids dan juga penyakit kelamin seperti gonorrhoea, syphilis dan herpes. Remaja yang menghidap penyakit-penyakit tersebut akan merana dan kemungkinan akan membawa maut kerana penyakit-penyakit ini tidak dapat dirawat atau dipulihkan. Para remaja ini juga pasti akan menyesal dengan perbuatan terkutuk mereka. Akhirnya selepas dijangkiti, baru lah mereka ingin kembali ke pangkal jalan.

Kesan selanjutnya ialah dari segi sosial. Kini kadar jumlah ibu tunggal semakin meningkat dan remaja yang terjebak terpaksa berhenti sekolah untuk menyara kehidupan. Disebabkan itu ramai remaja perempuan tercicir. Dengan pelajaran dan kelulusan yang rendah mereka tidak akan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan. Mampukah mereka meneruskan kehidupan mereka setelah dipandang serong oleh masyarakat? Kadar pengguguran anak juga akan meningkat kerana kebanyakan pasangan remaja berfikir bahawa pengguguran ialah jalan penyelesaian yang mudah. Jika mereka menggugurkan kandungan, dosa mereka juga akan berlipat ganda kerana seks rambang adalah perbuatan yang dilarang dan “membunuh” kandungan yang tidak berdosa merupakan perbuatan yang dilaknat Tuhan. Selain kadar pengguguran, kadar remaja kahwin muda juga meningkat akibat masalah seks rambang.

Kesan seterusnya ialah imej dan ekonomi negara akan terjejas. Remaja-remaja yang mengandungkan anak luar nikah akan mencari jalan penyelesaian dengan menggugurkan kandungan mereka. Semakin ramai remaja melakukan seks rambang, semakin meningkat kadar pengguguran yang berlaku di Singapura. Dengan menggugurkan kandungan, ia akan meningkatkan kadar jenayah di Singapura. Imej Singapura akan turut terjejas . Warga asing juga tidak akan mahu berhijrah ke Singapura untuk mencari pekerjaan lagi dan ia akan menyebabkan kekurangan tenaga pekerja yang produktif. Oleh itu, industri pelancongan dan perhotelan negara terpaksa menanggung kerugian yang amat besar.

Yang mutakhir sekali, maruah keluarga tercemar hanya kerana masalah seks rambang yang dilakukan oleh anak-anak bak kata pepatah,”kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Perbuatan seks rambang mahupun melahirkan anak di luar pernikahan akan menconteng arang ke muka orang tua. Maruah keluarga akan tercalar akibat sikap anak-anak yang tidak bermoral dan melampaui batas. Secara otomatis, saudara-mara serta masyarakat akan memandang serong dan mempunyai tanggapan negatif terhadap keluarga yang tercemar itu. Keluarga tersebut terpaksa menanggung malu dan menderita akibat perbuatan anak yang menconteng arang di muka.

Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah bahawa masalah seks rambang menimbulkan banyak implikasi negatif bukan sahaja kepada diri remaja itu sendiri dan masa hadapannya malah ia juga menjejaskan maruah keluarga, saudara-mara, masyarakat dan juga negara. Untuk mengatasi kemelut ini Kempen Keseksualan Remaja harus diadakan dengan lebih kerap agar kesedaran masyarakat khususnya remaja yang berisiko tinggi dapat dipertingkatkan agar mereka mampu mengawal diri mereka daripada godaan seks rambang. Sekolah-sekolah juga boleh memainkan peranan proaktif dengan mewajibkan pendidikan seks di peringkat rendah lagi agar remaja lebih peka akan isu seks dan menyedari keburukan-keburukannya. Insya Allah dengan kerjasama semua pihak, saya percaya masalah ini dapat dikurangkan walaupun saya akur bahawa masalah kompleks ini amat sukar untuk dihapuskan sama sekali.

Siti Nurlia Bte Ahmad Subari
Menengah 4 Topaz
Sekolah Menengah Dunearn



Kepincangan Institusi Keluarga Merupakan Faktor Utama Yang Menyebabkan Masalah Keciciran Pelajar. Bincangkan.


Cabaran gobalisasi yang serba menghimpit menyebabkan warga Singapura terutama sekali ibu bapa sibuk dan taksub mencari harta duniawi sehinggakan mereka alpa dan lalai dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah bagi membimbing anak-anak mereka menuju ke landasan kejayaan. Akibat terlalu sibuk mencari nafkah bagi memenuhi tuntutan hidup mereka tidak meluangkan banyak masa untuk keluarga terutamanya anak-anak. Implikasinya, anak-anak terutama sekali anak remaja akan berasa diketepikan dan tidak secara langsung mereka akan terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak dan sebagainya. Remaja zaman ini juga mementingkan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan yang tidak kekal bak kata pepatah Melayu “bagakan embun di hujung rumput’. Keciciran dalam kalangan pelajar telah menjadi keprihatinan Menteri Pendidikan, Encik Tharman Shamugaratnam. Ia telah menyebabkan kontroversi mutakhir ini. Persoalannya adakah kepincangan institusi keluarga satu-satunya faktor yang menyebabkan masalah keciciran pelajar? Mari kita menganalisanya isu yang menjadi buah bicara masyarakat setempat.


Memang tidak dinafikan bahawanya kepincangan institusi keluarga menyebabkan masalah keciciran pelajar tetapi ia masih boleh diperdebatkan. Keluarga meupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat. Sebab perdana yang menyebabkan keciciran pelajar adalah ketandusan kasih sayang dan kurang perhatian daripada ibu bapa. Remaja memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Sayangnya ibu bapa zaman kini terlalu taksub mencari wang dan jarang meluangkan masa untuk anak-anak mereka. Sementelahan pula, kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mementingkan kebendaan daripada anak-anak mereka sendiri. Ini menyebabkan anak-anak berasa diketepikan. Justeru, anak-anak berasa tertekan dan berhenti sekolah untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa.


Keluarga yang porak-peranda juga turut menyumbang kepada masalah keciciran pelajar. Institusi keluarga yang porak-peranda dan bermasalah boleh menjejas sahsiah seseorang individu itu, Misalnya, jikalau ibu bapa sering bertengkar di rumah, anak-anak mereka akan berasa tertekan yang amat sekali dan sekaligus menjejas prestasi seseorang itu dari segi pelajaran. Implikasinya, anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana fikiran mereka terganggu dan ini boleh menyebabkan keciciran.


Yang lebih menyedihkan ialah masalah kewangan juga menjadi hambatan dan penghalang kepada kemajuan para pelajar dan mendorong para pelajar untuk berhenti sekolah dan tercicir daripada arus persekolahan. Walaupun secara umum, Singapura merupakan sebuah negara yang makmur dari segi kewangan tetapi masih ada segelintir rakyat Singapura yang mempunyai masalah kewangan yang runcing. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan golongan yang berpendidikan rendah dibuang pekerjaan. Akibat desakan hidup keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah terpaksa memberhentikan anak-anak mereka daripada sekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak.


Namun, masalah keciciran bukan seratu peratus berpunca daripada kepincangan institusi keluarga tetapi terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kemelut tersebut. Antara pemangkinnya ialah media massa. Media massa adalah jendela kepada ilmu pengetahuan. Melalui media massa kita boleh mengetahui perkembangan dan pergolakan yang berlaku di seluruh dunia. Malangnya golongan remaja pada zaman ini telah menyalahgunakan saluran informasi ini dengan meniru-niru budaya negatif yang berpaksikan kebendaan. Lama-kelamaan remaja ini hilang minat kepada pelajaran lantas tercicir dari persekolahan.


Bak kata pepatah “tepuk dada tanya selera”. Sikap individu juga menyumbang kepada keciciran pelajar. Remaja zaman kini mementingkan budaya hedonisme yang berkiblatkan kebendaan. Golongan ini sering menuding jari ke arah ibu bapa dan menyalahkan ibu bapa bila mereka melakukan kesalahan. Bukankah remaja ini dikurniakan akal untuk berfikir? Mengapakah ibu bapa yang dipersalahkan sedangkan remaja itu sendiri dikurniakan dengan akal fikiran untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Remaja haruslah menganjakkan paradigma terhadap pelajaran. Masa depan mereka terletak di tangan mereka sendiri dan bukan ibu bapa.

Natijahnya, kepincangan institusi keluarga merupakan punca utama masalah keciciran pelajar tetapi terdapat faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan. Untuk mengatasi masalah ini semua pihak termasuklah pemerintah, ibu bapa dan guru-guru harus menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini. Penubuhan Sekolah Menengah Northlight merupakan salah satu langkah yang dapat dilakukan untuk mengurangkan masalah keciciran. Sekiranya remaja bersikap positif dan optimistik saya percaya suatu hari ini masalah keciciran dalam kalangan pelajar akan berjaya dikurangkan.

Nur Khairunnisa Bte Hamzah
Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn

Guru Lebih Penting daripada Ibubapa dalam Mencorakkan Akhlak Remaja. Bincangkan.

Secara fitrahnya, mengawasi dan membina akhlak seseorang remaja merupakan tanggung jawab ibu bapa sebagai khalifah keluarga. Sayang sekali, muktahir ini kes-kes vandalisma, penggunaan kata–kata kesat oleh remaja dan gejala – gejala sosial dalam kalangan remaja telah menjadi santapan telinga dan buah biacasa masyarakat. Hal ini jelas mengambarkan bahawa akhlak remaja di Singapura semakin merosot akibat proses pembagunan yang pesat Kita sedia maklum bahawa remaja merupakan golongan pelapis yang kelak akan menjadi pemimpin bangsa. Bagaimanakah nasib bangsa kita jika akhlak remaja semakin merosot? Untuk menyelesaikan permasalahan ini, kita perlu meneliti persoalan siapakah yang berperanan lebih besar dalam mencorakan akhlak remaja? Apakah ibubapa atau guru? Sebelum simpul saya leraikan, izinkan saya membuat perjelaskan definisi akhlak. Ahklak boleh didefinisikan sebagai ketinggian budi pekerti seseorang.

Saya sepakat dengan pernyataan tersebut, tetapi ia masih boleh dipertikaikan. Memang tidak dapat disangkal bahwa guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan akhlak remaja. Hal ini kerana seorang guru bukan hanya bertanggung jawab akan keputusan akademik seorang remaja, tetapi ia juga berperanan dalam pertumbuhan akhlak seorang remaja itu. Semasa murid berada di sekolah, guru harus bertanggung jawab akan hal ekhwal yang terjadi di sekolah. Hal ini juga termasuk peristiwa yang bai ataupun buruk yang dapat mengubah akhlak seorang remaja tersebut.

Muktahir ini, ramai orang tua yang terlalu naif dalam mengejar harta dunia yang melalaikan sehingga tangugn jawab mereka untuk mendidik anak – anaknya terbengkalai. Akibatnya ramai remaja -remaja yang menghabiskan lebuh banyak masa di sekolah. Oleh kerana itu guru memiliki lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan remaja tersebut. Memandangkan bahawa dalam kes ini, remaja menghabiskan lebih banyak masa dengan guru dibandingkan dengan ibubapa, tentu sahaja apa yang diperbincangkan bersama dengan gurunya dapat mencorakkan akhlak remaja tersebut baik secara positif ataupun negatif.

Tambahan lagi, ramai murid – murid yang lebih mematuhi guru daripada orang tua mereka sendiri, kerana mereka terlalu dimanja oleh orang tua mereka. Ramai orangtua yang terlalu memanjakan anak – anak mereka, akibatnya remaja- remaja tersebut menjadi pemberontak ketika orang tua mereka menyuruh mereka melakukan sesuatu. Melaikan, guru tidak akan segan untuk memberikan nasihat atau menghukum murid – murid mereka sehinga murid – murid tersebut akan lebih patuh terhadap guru. Bukankah ini menunjukkan bahawa guru lebih berperanan penting dalam pembentukan akhlak remaja?

Tetapi, isu ini bukanlah isu yang remeh temeh, guru bukanlah seseorang yang mutlak peranannya dalam pembentukan akhlak remaja. Ibubapa pun memiliki peranan penting dalam pembentukkan akhlak remaja. “Jika hendak melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.” Sudahlah jelas dari peribahasa ini bahwa jika ingin membentuk akhlak seseorang mulailah dari kecil lagi. Orang tua memiliki peluang yang lebih besar untuk membentuk akhlak seseorang remaja. Saat remaja sudah akil balih, mereka akan memberontak dan tidak mahu mendengar nasihat dari guru maupun ibubapa. Memandangkan bahawa guru biasanya mulai mengajarkan nilai- nilai murni pada saat berumur 13 tahun, tentu sahaja ibu bapa lebih berperanan.

Secara fitrahnya, remaja merupakan darah daging dari ibubapa itu sendiri. Sebuah ikatan batin akan tercipta di antara orang tua dan anak – anak mereka sesaat anak – anak mereka baru lahir. Oleh kerana itu, mereka lebih mempercayai dan mencintai satu dengan yang lain secara tulus, sedangkan guru hanyalah orang yang tidak terkait dengan ikatan batin tersebut. Tentu sahaja nasihat ibu bapa akan dapat lebih mudah menyentuh hati remaja tersebut.

Akibat kepesatan perkembangan teknologi dan komunikasi, informasi- informasi dari berbagai pelosok dunia mudah didapatkan, baik ataupun buruk. Orang tua memiliki kekuasaan untuk membatasi pendedahan remaja tersebut dari program- program yang berkiblatkan budaya-budaya kuning di internet maupun di televisyen. Tetapi guru tidak memiliki hak yang sedemikian. Jika remaja tersebut dijauhkan dari pendedahan budaya – budaya hedonistik, budaya kuning, budaya barat, dan sebagainya tentu sahaja akhlak remaja tersebut akan terbina dengan baik.

Pada kesimpulanya, guru berperanan penting dalam pembentukan akhlak remaja, tetapi, guru bukanlah seseorang yang berperanan mutlak dalam pembentukan akhlak seorang remaja tersebut. Diperlukan kerjasama dari pelbagai pihak seperti orang tua dan rakan sebaya untuk dapat membentuk akhlak remaja tersebut ke arah yang benar. Isu yang kontroversial ini haruslah dicabut ke akar umbinya. Orang tua juga seharusnya berhenti mengejar – ngejar kekayaan yang hanya merupakan fatamorgana yang tidak mungkin tercapai;.Reungkanlah ibubapa yang ada di sana, yang mana yang lebih penting, apakah darah daging sendiri atau harta kekayaan yang fana? Jika akhlak remaja di Singapura tinggi, maka saya yakin akan kecerahan masa depan negara Singapura.

William Heryanto Lim
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

Hukuman Rotan Merupakan Cara Yang Berkesan Untuk Menangani Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar. Bincangkan.

Disiplin boleh didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang individu untuk mematuhi undang - undang yang telah ditetapkan. Lembaga pendidikan merupakan tempat sekunder atau tahap kedua bagi para pelajar untuk memupuk nilai – nilai murni dalam diri pelajar. Muktahir ini , ramai pelajar yang melanggar dan memandang remeh tata tertib. “Pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara” Jikalau tingkat kedisiplinan remaja di Singapura rendah, dapatkah negara Singapura mengharungi gelombang milenium dan globalisasi dengan calon pemimpin mereka yang meremeh-temehkan undang-undang? Untuk menangani masalah ini Menteri Pendidikan Singapura berpendapat bahawa hukuman rotan merupakan cara yang paling berkesan. Tetapi pertikaian pendapat di antara ahli-ahli psikologi dan pendidikan masih sahaja membara. Jadi persoalannya, adakah hukuman rotan itu cara yang paling berkesan atau wujudkah pendekatam lain yang lebih baik?

Saya akur dengan pendapat tersebut tetapi hal ini masih boleh diperdebatkan. Memang saya tidak nafikan bahawa hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan. Alasan yang perdana ialah, hukuman merotan merupakan langkah pencegahan demi terjadinya pelanggaran undang – undang. “Mencegah lebih baik daripada rawatan.” sebelum akhlak remaja kita bertambah tenat, saya kira perlulah dilaksanakan kaedah-kaedah pragmatik seperti hukuman rotan. Seseorang pelajar yang dijatuhkan hukuman rotan akan dijadikan contoh kepada teman - temanya sehingga mereka tidak akan berani melakukan kesilapan yang serupa. Bukan hanya itu sahaja, pelajar yang dikenakan hukuman pun tidak akan melakukan kesalahan yang sama untuk kedua kalinya kerana ia berasa amat bersalah setelah menconteng arang di muka diri sendiri dan orang tua.

Seterusnya, hukuman rotan sebenarnya bukan bertujuan untuk menanamkan teror dan parut pada para pelajar, melainkan bertujuan untuk memupuk sifat tanggung jawab dalam diri pelajar. “Tangan mencencang bahu memikul. “ Jika pelajar berani melanggar undang - undang , mereka harus menanggung akibatnya dan bertanggung jawab menjalani hukuman rotan. Seorang penditaCina pernah berkata “ Sisihkan rotan, rosakkan anak” yang bererti, jika kita tidak menekankan disiplin kepada anak – anak dengan rotan, anak tersebut akan menjadi manja dan bersifat pemberontak . Dengan hukuman rotan, remaja Singapura boleh dipupuk dengan nilai tanggung jawab yang berprinsipkan “ Kamu menuai apa yang kamu tanam.”

Selain daripada itu, hukuman rotan tidak dipraktikkan secara sewenang-wenang. Tidaklah setiap pelanggaran yang dilakukan oleh murid- murid tersebut akan dikenakan hukuman rotan, tetapi hukuman ini ditujukan kepada para pelajar melakukan kesalahan-kesalan yang berat seperti vandalisma, mencuri, mencabul kehormatan dan sebagainya. Para pelajar ini sangat sulit untuk dianjak paradigmanya, meskipun telah beberapa kali diberikan kauseling masih tetap degil dan melanggar peraturan – peraturan sekolah. Jikalau cara halus tidak berhasil, mungkin kekerasan wajar diambil sebagai langkah muktamad akan berhasil.

Hukuman rotan merupakan salah satu cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak untuk mengatasi masalah ini. Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, pernah berkata “ Bersikaplah terbuka kepada idea – idea baru dan pertanyakanlah anggapan-anggapan kuno.” Sebagai rakyat Singapura yang bertamadun, seharusnya kita memiliki minda yang terbuka. Banyak negara lain yang menganggap bahawa merotan merupakan cara barbarik yang sudah pupus ditelan arus zaman.

Namun, hukuman roran bukanlah satu-satunya cara untuk menangani masalah disiplin.Terdapat juga alternatif-alternatif lain yang hampir sama kesannya dengan hukuman rotan. Alternatif lain yang tersedia ialah acara kaunseling. “Sekeras-kerasnya kerak nasi, direndam air dingin akan lembut juga.” Dengan ceramah – ceramah yang diberikan pada setiap sesi kaunseling, pastinya orang yang degil pun akan teranjak paradigmanya. Pemerintah pun telah menggunakan pendekatan ini dengan cara menjadualkan murid yang telah menerima hukuman rotan untuk mengikuti sesi kaunseling. Malahan, pusat – pusat kaunseling tersebar di seluruh Singapura dan mudah ditemui.

Selain kaunseling, terdapat kaedah – kaedah lain seperti memasukkan murid yang bermasalah ke dalam pusat pemulihan akhlak untuk mengikuti program rehabilitasi. Di dalam pusat pemulihan akhlak, murid – murid yang dianggap bermasalah akan diberikan ceramah motivasi supaya mereka boleh mengetahui potensi mereka dan mencurahkan segenap perhatian mereka demi mengembangkan potensi dalam diri mereka. Akibat jangka pendeknya, mereka akan menghabiskan masanya untuk melakukan perbuatan- perbuatan yang bermanfaat dan pada jangka pangjangnya, mereka akan menjadi manusia yang berjaya dfan berguna.

Tetapi usaha yang dilakukan oleh sekolah sendiri tidak akan berkesan jika tidak didukung oleh pihak ibu bapa. Ibu bapa yang merupan khalifah yang diamanahkan oleh Allah seharusnya ikut prihatin akan permasalahan ini. Untuk mengatasi masalah ini, langkah tiga serampang antara institusi pendidikan, pemerintah dan orang tua harus dilaksanakan. Ibu bapa boleh memantau kegiatan sehari-hari anak-anaknya. Hal ini boleh meringankan beban yang ditanggung oleh guru-guru. Ibu bapa juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka diberikan pendidikan mengenai kedisiplinan dan nilai-nilai murni bukan hanya di sekolah tetapi juga di rumah.

Natijahnya, merotan merupakan cara yang berkesan, tetapi ia bukanlah cara yang mutlak yang boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya , tetapi dengan pemikiran yang rasional. Hukuman rotan memang telah ditelan arus kemodena dan kita, warga Singapura, seharunya ikut beradaptasi dan berubah. Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong,” Tetaplah terbuka kepada idea-idea baru dan pertanyakanlah anggapan – anggapan kuno, jangan terperangkap dalam masa lalu.” Hukuman rotan boleh dilaksanakan, tetapi hendaklah hanya kepada pelajar yang melakukan kesalahan yang berat. Alangkah baiknya jika sesi kaunseling juga diadakan setelah pelajar tersebut menjalani hukuman rotan. Sebagai bangsa yang beradab, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Jika pemuda-pemudi memegang teguh dan mentaati undang – undang ,nescaya negara Singapura akan dapat mengharungi arus gelombang pada masa depan. Semoga nama baik Singapura akan terus harum dan terkenal di persada dunia. Insya Allah.

Hadi Wiputra
Menengah 4 Opal
Sekolah Menengah Dunearn